Follow by Email

Blog pinggan antik mama

Blog ini merupakan hobi mama terbaharu. Silalah emel mama jika ada yang ingin berkongsi maklumat atau ingin bertukar barang di khelly2000@gmail.com.Selamat berkongsi hobi.

Tuesday, January 19, 2010

Set teh baru mama



Set-set antik mama






Set pinggan lama tapi bunga sekarang


Ni set bunga romantik dari arcopal, dibeli masa umur mama 25 tahun. Kiranya set pinggan mama yang pertama la tu, walaupun bunga tu masih lagi terjual dipasaran hingga kini. Sekarang usianya dah hampir 30 tahun. Kira pinggan antik juga la tu.

Sunday, January 17, 2010

Mangkuk vantage/summertime pertama



Set ni, mama mula nak kumpul bila ada seorang kawan hadiahkan pada mama bekas tisu. Lepas tu, bila ada nampak offer je, mulalah mama tambah set tersebut. Walaupun ianya bukan pinggan antik lama, tapi dek kerana minat kat bunga dan warna2nya yang ceria mama pun mulalah buat koleksi. Tambah pula apabila suami pun sama suka, menjadi-jadilah riangnya. Bila dah beli, mama buatlah air pakai cawan tu, nak rasa kesedapan air dengan cawan baru. Memang tambah sedap air bila minum guna cawan baru kata suami mama. Apapun tak kisah, yang penting hati puas.

Friday, January 15, 2010

Teko dan pinggan antik mama yang pertama



Minat kepada pinggan lama bermula apabila kawan mama mula memesan pinggan-mangkuk ibu mama di kampung. Mulalah mama mengumpul pinggan-mangkuk lama kat kampung.Dapat satu set yang agak lengkap, bunga kekwa hitam. Cuma tak ada cawan, teko dan sudu2. Teko bunga ros mama ada 1 biji. Sapa2 yang ada teko bunga kekwa dan nak sedekah atau tukar dengan mama, bolehlah emel di khelly2000@gmail.com.