Friday, September 17, 2010
Set teko dari Samarkand, Uzbekistan
2 minggu sebelum puasa, mama dan suami dengan rombongan pegawai2 kanan KTM Bhd membuat lawatan ke Uzbekistan. Mama adalah beli beberapa biji teko, pinggan dan set teh dari sana.Salah satunya ialah spt yang dipaparkan.
Mama cadang nak jual sebiji dua sebab almari dah penuh. Nanti mama paparkan gambarnya.
Tuesday, February 23, 2010
Teko dan pinggan untuk di jual
Friday, February 19, 2010
Teko lagi
Thursday, February 18, 2010
Set pinggan dan piring kekwa merah biru
Baru-baru ni, mama ada terjumpa kat kedai berhampiran rumah mama, set pinggan antik kekwa merah biru. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi mama untuk dapatkan set tu. Satu biji pinggan makan harganya rm4 sahaja.Piring lauk, pinggan kueh pun murah-murah sebab pemilik kedai tu nak clearkan semua barang lamanya. Terdapat juga corak-corak lain seperti corak naga, puteri cina dan lain-lain.
Selain dari itu ada juga teko bunga kangkung, teko hijau, teko pink, teko putih, teko bunga anggor, teko coklat dan lain-lain. Harganya pun tak sampai rm10. Sesiapa berminat bolehla e-mel atau sms,bolehlah kita barter.
Tuesday, January 19, 2010
Set pinggan lama tapi bunga sekarang
Sunday, January 17, 2010
Mangkuk vantage/summertime pertama
Set ni, mama mula nak kumpul bila ada seorang kawan hadiahkan pada mama bekas tisu. Lepas tu, bila ada nampak offer je, mulalah mama tambah set tersebut. Walaupun ianya bukan pinggan antik lama, tapi dek kerana minat kat bunga dan warna2nya yang ceria mama pun mulalah buat koleksi. Tambah pula apabila suami pun sama suka, menjadi-jadilah riangnya. Bila dah beli, mama buatlah air pakai cawan tu, nak rasa kesedapan air dengan cawan baru. Memang tambah sedap air bila minum guna cawan baru kata suami mama. Apapun tak kisah, yang penting hati puas.
Friday, January 15, 2010
Teko dan pinggan antik mama yang pertama
Minat kepada pinggan lama bermula apabila kawan mama mula memesan pinggan-mangkuk ibu mama di kampung. Mulalah mama mengumpul pinggan-mangkuk lama kat kampung.Dapat satu set yang agak lengkap, bunga kekwa hitam. Cuma tak ada cawan, teko dan sudu2. Teko bunga ros mama ada 1 biji. Sapa2 yang ada teko bunga kekwa dan nak sedekah atau tukar dengan mama, bolehlah emel di khelly2000@gmail.com.
Subscribe to:
Posts (Atom)